Awal Ashaari berdepan tuntutan saman RM3 juta gara-gara isu fitnah

Iklan
Awal Ashaari berdepan tuntutan saman RM3 juta gara-gara isu fitnah

SUDAH menjadi kebiasaan apabila menjadi seorang ‘public figure’ membuat sedikit kesalahan, pasti sahaja akan mendapat perhatian ramai pihak malahan tak lari daripada menerima kecaman warga maya.

Buktinya, dapat dilihat baru-baru ini pelbagai kontroversi yang melibatkan selebriti tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Pastinya isu yang melibatkan sama ada kehidupan peribadi mahupun apa sahaja yang di luar kebiasaan akan mencuri perhatian warganet yang lebih buruk lagi akhirnya disusuli dengan kes saman menyaman.

Terbaharu, setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada pelakon dan juga pengacara televisyen, Awal Ashaari, akhirnya syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry nekad meneruskan tindakan menyaman selebriti itu dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Iklan

Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors pada Jumaat lalu.

Memetik laporan portal media tempatan, syarikat tersebut telah menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Iklan

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.

Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian, antara lain.