Jangan jadi batu api, pesan Azwan Ali kepada netizen

Iklan
Azwan Ali & Nabil - Sinarplus

PENGACARA, Azwan Ali meminta netizen agar tidak menjadi batu api dan melaga-lagakan hubungannya dengan Nabil Ahmad yang dianggap sebagai adik dalam industri seni.

Azwan berkata demikian bagi mengulas insiden kekecohan pada Ahad lalu, apabila Nabil dikatakan telah menyindirnya yang kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan ketika bersiaran langsung di konsert minggu keenam, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Iklan
Iklan

Azwan, 54, yang menjadi tetamu undangan dalam program MeleTOP pada Selasa berkata, dia tidak mudah melatah dengan apa yang diperkatakan netizen kerana lebih mengenali Nabil.

"Kita hidup ini tak lama, sementara saja. Setakat Nabil cakap macam itu, saya tak terasa pun. Kenapa anda semua nak besarkan isu itu?

Iklan

"Sejak Ahad, saya dapat bertalu-talu mesej berkenaan perkara tersebut. Kami berdua tiada masalah pun,” katanya.

Azwan yang mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 sebanyak dua episod di TV3 juga berkata, rakan pengacara Nabil dalam GV7, Jihan Muse telah menjelaskan kejadian sebenar kepadanya.

Iklan

"Ketika shooting parodi semalam (Isnin), Jihan telah dedahkan apa yang berlaku di sebalik tabir sehingga menyebabkan Nabil keluarkan kenyataan seperti itu dan barulah saya tahu cerita sebenarnya.

"Nabil tak sebut pun nama saya. Kalau saya nak saman pun tak boleh,” katanya berseloroh.

Sementara itu, Nabil, meluahkan rasa kesalnya apabila netizen seakan mahu melihat dia dan Azwan berbalah.

"Ada yang kata tak sabar nak tengok Nabil dan Azwan berperang. Mereka ini seakan-akan nak tengok kita bergaduh, tapi mereka tak tahu kita ni adik-beradik dalam industri,” katanya dalam progam yang sama.

Terdahulu sebelum itu, netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Nabil yang dikatakan kurang ajar kerana menyindir Azwan berkenaan ‘selfie stick’ dalam siaran langsung GV7 pada Ahad lalu.

Berikutan itu Nabil menerima kecaman hebat di di Twitter di mana rata-ratanya menyifatkan apa yang dilakukannya itu sebagai tidak profesional, apatah lagi Azwan merupakan senior Nabil dalam bidang pengacaraan.