Hans Isaac bakal bertanding di PRU15?

Iklan
Hans Isaac

BEKAS Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac disebut-sebut bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Spekulasi tersebut mula diperkatakan setelah berlaku kekosongan kerusi Parlimen Ampang berikutan pemecatan wakil rakyat terdahulu daripada parti PKR.

Iklan
Iklan

Hans yang merupakan ahli PKR sebagaimana dilaporkan Awani berkata, objektifnya pada ketika ini adalah untuk memberikan fokus bagi membantu masyarakat di Ampang.

Soal pencalonan itu diserahkan kepada parti dan serta masyarakat setempat sama ada mahu memilihnya sebagai calon atau pun sebaliknya.

Iklan

"Berhubung sebarang pencalonan untuk PRU15 di Ampang, ia terpulang kepada Presiden, parti dan masyarakat Ampang,” katanya.

Hans yang merupakan anak jati Ampang bersama pasukannya yang dikenali sebagai 'Kita Budak Ampang' kini aktif menjayakan pelbagai program sosial bagi membantu masyarakat di Ampang.

Iklan

 

(SUMBER: Awani)