Pelajar kongsi sambut Deepavali di United Kingdom, masak juadah sendiri ubat rindu keluarga

Iklan
Pelajar kongsi pengalaman sambut Deepavali dalam norma baharu di United Kingdom

MENYAMBUNG pelajaran di London School of Economics (LSE) United Kingdom membolehkan M. Naviinesh, 20, buat pertama kalinya merasai dan menerokai pelbagai perkara baharu dalam hidupnya, termasuklah ketika menyambut perayaan Deepavali baru-baru ini.

Memetik laporan portal media tempatan, walaupun berada di perantauan tanpa kehadiran keluarga, anak kelahiran Seremban yang merupakan pelajar jurusan Perakaunan di universiti itu, tetap meraikan perayaan itu secara sederhana namun meriah.

Iklan
Iklan

Naviinesh berkata, sambutan Deepavali di United Kingdom juga disambut dalam suasana norma baharu sama seperti di tanah air, dengan amalan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta larangan berkumpul yang turut ditekankan di negara berkenaan.

Iklan

Mengakui sambutan kali ini terpaksa dihadkan berikutan Covid-19, pelajar tajaan Petronas itu berkata, bagi menghidupkan suasana seperti di Malaysia, beliau dan rakannya bekerjasama menyediakan juadah meskipun ia sedikit berlainan dari segi rasa.

Iklan