Dah join ke ‘until tomorrow challenge’? Gambar lucu atau memalukan memenuhi IG

Iklan

INSTAGRAM sekarang ini sedang dipenuhi dengan hashtag baru iaitu #untiltomorrow. Hashtag ini adalah satu bentuk cabaran.

Macam mana nak buat ‘Until Tomorrow Challenge’ ni?

Iklan
Iklan

Anda hanya perlu likes gambar teman anda yang memuat naik gambar mereka dengan caption ‘Until tommorow’ di Instagram. Kemudian, teman anda akan menghantar mesej melalui Direct Message (DM) mencabar anda untuk memuat naik foto dalam gaya lucu atau memalukan. Ramai masyarakat malaysia sahut cabaran tersebut termasuk golongan artis.

Anda akan dapat mesej seperti ini:

Iklan

"Jadi, anda telah menyukai gambar saya, maka anda juga perlu memuat naik foto yang memalukan dengan hanya memasukkan tajuk ‘Until Tomorrow’. Anda juga perlu menyebut nama dalam caption itu”.

Maksud ‘Until tommorow challenge’ ini sebenarnya apabila anda menerima cabaran tersebut akan ada peraturan khas yang telah disediakan iaitu anda tidak dibenarkan memadam gambar yang dimuat naik selama 24 jam akan datang (sehingga esok). Itulah yang dimaksudkan dengan"Until Tomorrow”.

Iklan

Sehingga kini terdapat lebih 2 juta posting dengan caption hashtag #untiltomorrow bertaburan di Instagram. Daripada muat naik ini, beberapa selebriti mengambil bahagian dalam cabaran tersebut termasuklah Mawar Rashid, Elfira Loy, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Mawar Rashid

Elfira loy

Ayda jebat

Cabaran"Until Tomorrow”, nampaknya hadir bagi mengatasi kebosanan pengguna Instagram semasa tinggal di rumah kerana wabak Covid-19. Ianya adalah hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Jadi anda kalau sahut cabaran ni, likes gambar kawan anda sekarang!

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF