Bintang US MasterChef Junior, Ben Watkins meninggal dunia pada usia 14 tahun

Iklan
Untitled design (41)

BINTANG program realiti TV, US MasterChef Junior, Ben Watkins dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 14 tahun.

Berita kematian chef celik itu disahkan oleh ahli keluarga Ben, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay, yang turut menyifatkan Ben"seorang chef celik berbakat dan cekal”.

[embed] [/embed]

Iklan

Difahamkan, Ben datang dari sebuah keluarga yang susah dan kehilangan ibu dan bapanya dalam kes bunuh diri tiga tahun lalu.

Dia dibesarkan oleh neneknya, Donna Edwards dan bapa saudaranya, Anthony Edwards.

Iklan

"Dia telah pergi untuk bertemu dengan ibunya pada petang hari ini setelah bertarung nyawa melawan kanser untuk tempoh setahun setengah.

"Biarpun kami berasa sedih dengan kehilangannya, namun kami berasa lega kerana penderitaannya telah berakhir dan kami terharu kerana dia disayangi ramai orang di sepanjang hayatnya," kata Donna dan Anthony dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Siapa Ben Watkins?

Ben berasal dari Chicago dan mendapat kemahiran dalam bidang kulinari selepas bekerja dengan bapanya di restauran milik keluarganya, Michael's Barbecue Restaurant.

Selain membantu bapanya di restoran, dia juga menjual biskut, brownies, roti pisang dan roti serbuk kayu manis yang dihasilkan sendiri.

[caption id="attachment_27683" width="1024"] Ben sempat menuntut ilmu masakan daripada Chef Gordon Ramsay ketika menyertai US MasterChef Junior pada tahun 2018.[/caption]

Ben memberitahu dia mewarisi kemahiran dalam bidang bakeri menerusi ibunya  dengan menyatakan :"Ibu saya mengajar saya segalanya apa yang beliau tahu. Kadangkala saya belajar dengan melihat apa yang dia lakukan.”

Bagaimanapun pada 2017, dia berdepan dengan peristiwa tragik dalam hidupnya.

Difahamkan, bapa Ben telah menembak mati ibunya dan kemudian membunuh diri dengan senjata api yang sama.

Ben kemudiannya menyertai US MasterChef Junior pada tahun 2018 dan berada dalam kalangan 18 yang terbaik.

Tidak lama selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-13, Ben disahkan menghidap kanser tumor yang jarang dijumpai.

[caption id="attachment_27685" width="1024"] Berikutan kematiannya, program MasterChef menerusi Instagram mereka menyifatkan Ben mempunyai"sikap positif yang luar biasa" dan merupakan"contoh luar biasa buat chef di semua peringkat usia".[/caption]