‘Sorry tukar last minute’ – Suami mengidam letak nama anak ‘Goku’

Iklan
‘Sorry tukar last minute’ – Suami mengidam letak nama anak ‘Goku’

SEBELUM ini panas di laman sosial apabila seorang bapa berkongsi sijil kelahiran dengan sebuah lagu tular di aplikasi TikTok.

Ternyata perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan warganet malahan ada juga yang terus mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifat tidak sensitif dalam membuat keputusan pemilihan nama anak.

Iklan
Iklan

Namun dia telah menjelaskan gambar sijil kelahiran anaknya yang tular itu sebenarnya telah disunting.

Lain pula yang terjadi buat seorang bapa ini apabila dia dikatakan mengidam dan bermimpi untuk menamakan bayinya.

Iklan

Iklan

Melalui foto sijil kelahiran tersebut, bayi lelaki itu diberi nama Idrees Goku bin Muhamad Ashriq. Bayi tersebut baru sahaja dilahirkan pada 6 November yang lepas.

Turut dikongsi 'screenshot' perbualan pasangan di Whatsapp, si suami memohon maaf kepada isterinya atas nama yang diberikan kepada anak mereka.

Memetik portal media tempatan, suaminya bertindak menukar nama anak mereka secara ‘last minute’ setelah mendapat ‘kelulusan’ daripada rakannya yang merupakan seorang bilal.

Baca juga [VIDEO] Dulu kecik-kecik pernah kena sengat labah-labah, kini ‘Spiderman Perlis’ jual teh ais tepi jalan

Jelasnya, dia sudah lama mengidam untuk meletakkan nama anaknya Goku yang terkenal dalam kartun Dragon Ball itu sehingga terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.

Isterinya ketika itu kelihatan terpaksa ‘reda' dengan nama tersebut.

Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan nama tersebut telah diedit dan ianya hanya untuk bergurau dengan warganet.

Aduhai! Macam-macam kan... Tak apa lah asalkan nama itu mempunyai maksud yang baik kerana dalam Islam turut menitikberatkan dalam aspek pemberian nama kepada anak-anak.