Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bersalin anak kembar lelaki dan perempuan

Iklan
Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bersalin anak kembar lelaki dan perempuan

ALHAMDULILAH! Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayi perempuan hari ini melalui kaedah pembedahan di Sunway Medical Centre.

Iklan
Iklan

Katanya juga, Dr Halina dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

Iklan

Katanya juga dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.

Iklan

Sebelum ini pasangan bahagia ini turut dianugerahkan sepasang kembar lelaki.

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh keluarga!

Baca juga ‘Sorry tukar last minute’ – Suami mengidam letak nama anak ‘Goku’