Kerabu sotong ringkas, makan tanpa nasi pun sedap!

Iklan
Kerabu sotong ringkas, makan tanpa nasi pun sedap!

JIKA korang tiba-tiba ingin makan menu ala-ala Thai, kerabu sotong adalah pilihan yang tepat selain tomyam.

Iklan
Iklan

Selain bahan-bahan yang ringkas, kos membuatnya pun murah.

Rasa kerabu sotong yang masam, manis dan pedas ini sudah pasti pelengkap juadah korang.

Iklan

Fuh! Makan tanpa nasi pun sedap!

Iklan

Ayuh cuba sediakan kerabu sotong yang sangat sedap secara home made.

Bahan-bahan :

  • Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)
  • Lobak dipotong halus
  • Bawang besar - dihiris
  • Kacang panjang - dipotong kecil
  • Bunga kantan - dihiris halus
  • Tomato - dihiris halus. Kalau nak potong besar pun ok. Ikut suka.
  • Limau nipis atau lemon untuk perahan akhir nanti.

Bahan untuk ditumbuk:

  • Cili
  • Garam
  • Gula Kelapa
  • Belacan (optional)
  • Sos ikan (optional)

Cara-cara membuatnya:

1. Tumbuk bahan untuk ditumbuk hingga sebati.

2. Campur semua bahan yang dipotong. Satukan dengan bahan yang ditumbuk.

3. Perah limau atau lemon.

Sedia untuk dihidangkan. Semoga bermanfaat!

Cuba juga Ayam garlic butter versi jimat masa

Foto: DrRizal Abu Bakar