Gemar main game sehingga ibu jari berdenyut-denyut, jangan abaikan

Iklan

ADA sesiapa yang pernah alami masalah seperti tiba- tiba rasa berdenyut pada bahagian ibu jari sehingga bahagian pergelangan tangan terutamanya ketika tengah asyik bermain game di telefon bimbit?

Kadang-kadang kita pun pelik kenapa sakit sedangkan tak pernah pula terjatuh atau terseliuh.

Iklan
Iklan

Puas makan ubat tahan sakit, sapu minyak panas tetapi masih juga rasa kesakitannya.

Kenapa keadaan itu masih berlaku?

Iklan

Menjawab kepada soalan itu, pakar fisioterapi, Nurul Farahena Ahmad mengingatkan orang ramai agar sesiapa yang mempunyai simptom tersebut jangan sesekali mengabaikannya.

"Jangan abaikan kalau anda pernah alami tanda- tanda seperti itu.

Iklan

Sebenarnya banyak punca-punca yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan itu.

Antaranya melibatkan aktiviti yang menggunakan ibu jari atau tangan (berulang) atau pergerakan pergelangan tangan contohnya bermain game di telefon bimbit, berkebun, bermain golf, sukan yang menggunakan raket atau mengangkat bayi boleh membuat simptom bertambah teruk.

Kecederaan secara langsung pada pergelangan tangan atau tendon itu akan menyebabkan parut boleh menyekat pergerakan tendon dan berlakunya komplikasi lain seperti radang sendi.

Oleh itu, kepada anda yang mempunyai tanda-tanda yang disebutkan, pastikan pemeriksaan lanjut dibuat dalam kadar segera agar masalah itu tidak berlanjutan sehingga menjejaskan bahagian sendi yang lain. Moga bermanfaat.