Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus

Iklan
Untitled design (53)

ANGGOTA kumpulan Cecupak, Pak Lah menghembus nafas terakhir pagi tadi akibat kanser usus tahap empat yang dihidapinya sejak Mac lalu.

Berita sedih itu dikongsi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia menerusi akaun Facebook mereka.

Iklan
Iklan

"Salam takziah daripada Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) buat keluarga pelawak Nur Affendi bin Nurdin @ Pak Lah Cecupak di atas kembalinya ke rahmatullah pagi ini.

"Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Al Fatihah…” tulis wakil IRAMA.

Iklan

Pak Lah, 53, menerusi temu bual bersama SinarPlus pada Oktober lalu memaklumkan dia pada awalnya dikesan mempunyai simptom sakit tiroid dan pernah dinasihatkan untuk dibedah.

Bagaimanapun beliau yang pernah menjadi peserta program Sinaran Pasport Kegemilangan 1995 dan 1997 itu sendiri pun tidak menyangka, sakit yang ditanggungnya beralih kepada bahagian perut pula.

Iklan

"Saya diserang sembelit pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bila buat pemeriksaan, rupa-rupanya ia petanda awal saya dapat kanser usus.

"Doktor maklumkan, ada tumor pada usus dan dinasihatkan buang kerana bimbang akan merebak hingga boleh jejaskan organ lain," katanya yang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk memudahkan urusan keluarganya berulang-alik melawatnya.

Selain menyanyi dan berlawak, Allahyarham juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.