Nestle Omega Plus perkenal susu perisa coklat gelap        

Iklan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID           

NESTLÉ Omega Plus baru-baru ini memperkenalkan susu sedia untuk diminum perisa coklat gelap yang terbaharu ke dalam rangkaian produk jenama itu.

Iklan
Iklan

Pengurus Pemasaran Pengguna–Minuman Sedia Untuk Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, Angeline Lim berkata, inovasi baharu itu mengandungi ActiCol, sterol tumbuhan yang terbukti berkesan menurunkan tahap kolestrol selain mengandungi kalsium tinggi dan lemak rendah.

Iklan

Tahap kolesterol tinggi merupakan salah satu faktor risiko utama bagi penyakit jantung, ujar Angeline.

Produk berkenaan terdapat dalam pek 200 mililiter sedia untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia oleh didapati di semua pasar raya dan menerusi laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut layari laman www.nestle.com.my.

Iklan