Hilang kerja, 3 anak muda sarung kostum Iron Man cari rezeki

Iklan
Hilang kerja, 3 anak muda sarung kostum Iron Man cari rezeki

DIBERHENTIKAN kerja ekoran pandemik Covid-19, seorang bekas kakitangan syarikat telekomunikasi tidak mengeluh sebaliknya berikhtiar meneruskan kehidupan dan memanfaatkan kreativitinya mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung tepi jalan.

Memetik laporan portal media tempatan, Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26, berkata, dia diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan kini berniaga air jagung sejak dua minggu lalu setelah sukar mendapat pekerjaan lain.

Iklan
Iklan

Dia bersama dua rakannya, Yusri Md Saad, 35 dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin, 33, berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Iklan

Katanya semasa bekerja di syarikat telekomunikasi itu, dia turut melakukan pekerjaan sambilan sebagai penghibur berkostum adiwira dan watak kartun dalam sebuah kumpulan bergelar Geng Superhero Penang (GSP) dan mereka sering menerima tempahan untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi dan sebagainya.

Iklan

Menurut Muhammad Syukur, pada  awal perniagaan itu, mereka mengalami kerugian hingga 90 peratus namun kini semakin stabil.

BERNAMA