[VIDEO]'Freshly Out'- Dr Sheikh Muszaphar kongsi video bayi kembar sepasang

Iklan
[VIDEO]'Freshly Out'- Dr Sheikh Muszaphar kongsi video bayi kembar sepasang

"SUDAH dua hari kami berada di hospital dan kami cuba menyentuh kulit kembar sebanyak mungkin kerana ini adalah masa kritikal merangsang perkembangan deria suara dan sentuhan kita."

Begitulah perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagram miliknya semalam.

Iklan
Iklan

Menerusi posting itu, beliau turut berkongsi video pasangan kembar itu selepas beberapa minit baru dilahirkan (20 November 2020) dan masih disaluti dengan vernix yang berkapsyen Freshly Out.

Iklan

Artikel berkaitan: Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bersalin anak kembar lelaki dan perempuan

Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar turut meminta cadangan daripada pengikut Instagramnya untuk memberikan nama yang mempunyai pangkal abjad yang sama.

Iklan

Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.