Untung orang Terengganu, kerajaan umum 5 Inisiatif Khas Covid-19

Iklan
Untung orang Terengganu, kerajaan umum 5 inisiatif khas Covid-19

KERAJAAN negeri Terengganu hari ini mengumumkan Inisiatif Khas Covid-19 dengan peruntukan berjumlah RM34.32 juta melalui pelaksanaan lima inisiatif dalam usaha membantu rakyat yang terkesan susulan pandemik itu.

Memetik laporan portal media tempatan, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, melalui inisiatif berkenaan, golongan sasaran akan mendapat manfaat seperti :

Iklan
Iklan

  • Seramai 48,500 isi rumah golongan B40 akan menerima bantuan tunai Cakna Rakyat Terengganu sebanyak RM200 secara sekali bayar membabitkan peruntukan RM9.7 juta.
  • Iklan

  • Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi bantuan persekolahan, RM5 juta bagi Tabung Darul Iman dan RM3.5 juta untuk Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2021.
  • Iklan

  • Kerajaan akan melaksana program Pencen Rakyat dengan pembayaran RM600 secara sekali bayar.
  • Sebanyak RM7.52 juta diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehgajian golongan graduan, penganggur dan pekerja yang terjejas akibat diberhentikan, diberikan cuti tanpa gaji dan dipotong gaji.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mengumumkan inisiatif pusat bersepadu pemasaran produk PKS yang menawarkan pilihan pakej fleksibel dengan yuran rendah untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan PKS secara lebih bersepadu, yang diurus tenaga pakar dalam bidang pemasaran digital.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memberi pendidikan, latihan dan bimbingan pengurusan kewangan kepada individu dan isi rumah.

Ahmad Samsuri turut mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu bagi membantu rakyat membina rumah di kawasan tanah sendiri.

Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperuntukkan RM25.5 juta bagi menyediakan lebih banyak Rumah Darul Iman untuk golongan B40.