BIASANYA, laporan polis diambil secara lisan oleh penulis laporan di balai.
Namun lain yang terjadi kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lans Koperal Nabilah Mohd Yusof yang bertugas di Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah ini.
Menerusi perkongsian oleh Facebook Polis Diraja Malaysia, video berkenaan mendapat pujian ramai kerana pihak polis memudahkan golongan seperti ini untuk berkomunikasi seterusnya bagi merekodkan maklumat.
Menurutnya, seorang lelaki yang cacat pendengaran dan pertuturan pada mulanya datang ke balai polis itu untuk membuat laporan.
Baca juga Rupanya ini pemilik tulisan tangan cantik di kad ucapan kiriman Tok Ti
Melalui video itu, Lans Koperal Nabilah yang berada di kaunter aduan balai sedang memegang telefon bimbit, dan mencatat butiran aduan, sambil Suriati menjadi orang perantara melalui panggilan video.
Lans Koperal Nabilah turut meraih ucapan syabas dari PDRM.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Lans Koperal Nabilah yang sangat komited semasa menjalankan tugas.
Sumber: Polis Diraja Malaysia