BARU-BARU ini tular dengan isu penjualan ‘kain kayangan’.
Itulah antara promosi-promosi yang kian rancak dilakukan.
Bagaimanapun, SinarPlus ingin ingatkan kepada orang ramai bahawa sebarang produk yang mempunyai fungsi merawat kesihatan badan perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tidak kiralah dianggap sebagai kain lap kayangan, kain magik atau mempunyai ‘antibiotik’ dan sebagainya, ia perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh KKM.
Proses ini penting agar pengguna dilindungi dan selamat dengan sesuatu produk.
Begitu juga, isu itu mendapat perhatian Public Health Malaysia, tulisnya, jika ia dijual sebagai pengelap bahan tidak bernyawa, fungsinya apabila dipromosi perlu dikekalkan sebegitu.
Menjelaskan lebih lanjut, SinarPlus turut mendapatkan Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa mengenainya.
[caption id="attachment_28163" width="1024"] DR Nurul Yaqeen Mohd Esa.[/caption]
Kata Dr Nurul, itu adalah antara contoh produk overclaim yang tidak berasaskan kajian saintifik dan perubatan moden.
"Tidak salah menjual kain tetapi dengan mengaitkan kebaikan kain tersebut sebagai rawatan penyakit ekzema adalah suatu perbuatan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, rawatan ekzema adalah dengan melalui penggunaan krim sapu dan mengelakkan pendedahan daripada bahan rangsangan.
Kebiasaannya, kain khas digunakan untuk membalut kawasan ekzema setelah disapukan krim ubat, bagi mengekalkan ketahanan krim tersebut di permukaan kulit dan menambah baik kesan penyerapan krim sapu kepada kulit.
Masyarakat perlu menimbang tara maklumat yang diperolehi di media sosial, terutamanya yang berkisar isu kesihatan dan perubatan.
Segala maklumat yang diterima perlulah dianalisa dengan teliti dengan memastikan kesahihan sumber maklumat tersebut.
Adakah ia berasaskan kajian saintifik perubatan yang sahih, atau hanya berdasarkan testimonial yang tidak pasti kesahihannya.
Para penjual juga pula perlulah lebih bertanggungjawab dengan tidak mengaitkan barang jualan dengan manfaat perubatan yang tidak sahih dan tidak berdasarkan bukti saintifik yang kukuh.
Jadi, mohon agen-agen tidak overclaim produk berkenaan dengan kesihatan yang boleh mengelirukan orang awam. Moga bermanfaat.
Foto: Public Health Malaysia.