Nama baby saya Bintang Aiko - Tuju K-Clique

Iklan
Tuju & Loca B - SinarPlus

PENYANYI rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, berkongsi nama anak sulungnya bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.

Iklan
Iklan

"Nama anak saya Bintang Aiko.

"Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” ujar Tuju.

Iklan

Ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.

"Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.

Iklan

"Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.

Pada Oktober lalu, Tuju dan Loca B mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.

Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.

 

(FOTO: Instagram Tuju)