"SEMOGA semua adik-beradik saling menjaga dan mencintai antara satu sama lain."
Itulah luahan harapan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagram miliknya hari ini.
Menerusi posting itu, beliau turut berkongsi video pasangan kembar tersebut yang telah dibenarkan pulang ke rumah.
Semalam, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi kedua-dua pasangan kembar itu disahkan mengidap penyakit kuning (jaundice).
Baca juga Terdesak dapatkan susu anak, lelaki ini bersyukur polis membantu
Jumaat lalu, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri telah menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua. Bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi
(lelaki, 2.26 kg) dan 9.48 pagi (perempuan, 2.17 kg)di Pusat Perubatan Sunway.
Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.