SEHINGGA semalam, Malaysia telah merekodkan 22.18 peratus iaitu 2,908 kes dengan 45 kematian.
Kongsi Majlis Keselamatan Negara (MKN), salah satu ubat yang mampu membendung penularan wabak berkenaan adalah duduk di rumah.
Makanlah ‘ubat’ berkenaan semasa tempoh PKP berakhir.
Antara kebaikan memakan ‘ubat’ berkenaan adalah:
1. Dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang
2. Ukhwah dengan keluarga semakin baik dan akrab
3. Dapat melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah bersama keluarga
Dalam pada itu, merujuk kepada statistik Kementerian Kesihatan (KKM), kumpulan umur 26 hingga 30 antara yang paling tinggi dijangkiti wabak berkenaan.
Sehingga hujung bulan lalu, kelompok kumpulan umur berkenaan yang positif wabak Covid-19 adalah seramai 180 orang.
Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia adalah disebabkan oleh rata-rata golongan muda yang dijangkiti Covid-19 kerana baru pulang dari luar negara.
Dalam masa yang sama, ada juga golongan muda yang dijangkiti kerana keluar dari rumah dan bergaul dengan orang ramai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, satu lagi kumpulan umur yang paling tinggi dijangkiti wabak berkenaan adalah antara 56 hingga 60 tahun.
Kebanyakan daripada mereka merupakan ketua keluarga dan berkemungkinan besar dijangkiti ketika membeli barangan keperluan.
Oleh itu, KKM menasihati orang ramai untuk kekal duduk di rumah dan mengamalkan etika kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan menjarakkan diri antara satu sama lain.