Selamat tinggal ‘hand of god’, ini kisah Maradona dalam dunia bola sepak

Iklan
Selamat tinggal‘hand of god’, ini kisah Maradona dalam dunia bola sepak

SIAPA tidak kenal dengan Diego Armando Maradona. Namanya cukup besar dalam arena sukan bola sepak dunia.

Maradona merupakan pemain bola sepak terbaik di dunia sepanjang zaman. Pastinya jaringan gol yang paling diingati peminat sehingga ke hari ini adalah jaringan gol menggunakan tangan dan gol hasil gelecekan solo melepasi lima pemain di suku akhir piala dunia 1986 menentang England.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya jaringan cukup kontroversi itu masih dibualkan sehingga ke hari ini

Maradona lahir pada Oktober 1960 di Villa Fiorito, Buenos Aires. Merupakan anak kelima daripada lapan adik beradik. Ayahnya seorang pekerja kilang.

Iklan

Dari kecil, Maradona menanam cita-cita untuk mengubah nasib keluarganya yang mana ayahnya hanyalah merupakan seorang pekerja kilang dan cara terbaik yang mampu difikirkannya ketika itu adalah dengan bermain bola sepak secara profesional.

Bakatnya yang terbukti luar biasa membuatkan namanya naik dengan cepat setelah satu demi satu dia membawa pasukan menjuarai perlawanan dan pernah mambantu negaranya menjulang Piala Dunia Belia pada tahun 1979.

Iklan

Selepas menjuarai Piala Dunia 1979, Maradona kemudiannya mengubah angin ke Eropah dengan menyertai kelab gergasi Sepanyol dan juga Napoli.

Ketika di Barcelona, dia berdepan dengan isu kecederaan dan juga beberapa isu disiplin. Akhirnya dia dilepaskan ke Napoli pada 1984.

Ketika beraksi di Napoli, prestasinya dilihat sangat cemerlang sehingga dia mendapat gelaran King of Naples kerana berjaya membawa Napoli menjadi juara Itali sebanyak dua kali yang dianggap kemuncak kariernya pada ketika itu.

Prestasi cemerlang Maradona terus memuncak pada 1986 apabila dia mengepalai negaranya menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico.

Ketika itulah Maradona melakukan gol kontroversi paling popular dalam dunia bola sepak iaitu menjaringkan gol menggunakan tangan ketika menentang pasukan England dan mendapat gelaran ‘hand of god’.

Disebabkan oleh jaringan gol tersebut, namanya menjadi sasaran media dan peminat England sehingga ke hari ini. Mereka mendakwa Maradona adalah penipu!

Maradona sendiri menyatakan dia memahami ‘kesakitan’ yang dirasai peminat England dan pernah juga dia mengakui jika pada masa itu ada Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), sudah pasti gol itu tidak akan dikira dan kontroversi ini juga tidak akan wujud.

Selain daripada gol menggunakan tangan, satu lagi gol solonya dalam perlawanan itu cukup hebat dan luar biasa yang mana Maradona berjaya menggelecek hampir separuh daripada pemain England di atas padang sebelum mengacah Peter Shilton dan menjaringkan gol dengan bersahaja.

Malahan gol tersebut juga diiktiraf FIFA sebagai gol tercantik dalam abad ini.

Maradona menjadi bintang tumpuan lagi dalam Piala Dunia 1994, USA. Ia dikatakan penganjuran Piala Dunia paling moden ketika itu dan memiliki ledakan revolusi publisiti yang luar biasa.

Namun malangnya, Maradona diuji positif barang terlarang dan dia terus disingkirkan daripada kejohanan oleh FIFA.

Maradona dikenakan hukuman akibat perbuatannya dengan penggantungan 15 bulan dan membawa kepada pengakhiran kariernya di Napoli.

Tidak lama kemudian dia dilaporkan bersara dalam dunia bola sepak. Selepas bersara, Maradona mulai ketagih alkohol dan barang terlarang lain.

Gaya hidupnya yang tak sihat sentiasa menjadi perhatian media. Dia dikatakan bergelut untuk pulih daripada tabiat buruknya itu dan beberapa kali mengalami masalah kesihatan.

Dia kemudian dilantik menjadi pengurus Argentina pada aksi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dengan mempertaruhkan bintang yang digelar ‘Next Maradona’ iaitu Lionel Messi dalam pasukannya.

Kini, rakyat Argentina sentiasa melihat Lionel Messi sebagai pemain yang serba serbi lengkap untuk menggantikan Maradona. Dilihat pada rekod kariernya bersama kelab dan negara, memang Messi sangat luar biasa.

Namun setakat ini, Messi masih belum mampu menjadi Maradona yang menggelecek lawannya sehingga mengibarkan bendera Argentina megah sebagai juara dunia.

Yang pasti Argentina tidak akan pernah ada Maradona lagi dalam sejarah mereka.

Perjalanan hidup Maradona pula berakhir hari ini (26 November 2020) setelah dilaporkan meninggal dunia pada usianya 60 tahun kerana serangan jantung.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Persatuan Bola Sepak Argentina, menyifatkan pemergian Maradona menyebabkan kesedihan yang amat mendalam.

Sebelum ini, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otaknya, 4 November lalu.

Selepas lapan hari menjalani pembedahan tersebut, Maradona dibenarkan keluar dari Klinik Olivos dekat Buenos Aires, Argentina.

Beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.

Walaupun dia telah pergi buat selama-lamanya, peminat bola sepak tetap menganggap Madona sebagai lagenda bola sepak sepanjang zaman yang tidak ada gantinya.

Selamat tinggal ‘hand of god’!

https://www.youtube.com/watch?v=-ccNkksrfls