TATKALA kita berasa lapar, pastinya perut akan berbunyi. Apatah lagi ada yang mengeluarkan ‘keroncong’ kuat.
Sebenarnya, apakah yang berlaku sehingga ia memberi ‘signal’ sebegitu?
Pensyarah Sains di sebuh kolej swasta, Dr Magaret Sivapragasam ada jawapannya.
Menurut beliau, perut yang berbunyi sebenarnya berasal daripada perut dan usus kecil.
Sewaktu makan, selain makanan dan cecair yang bergerak melalui sistem pencernaan, gas dan udara juga masuk ke dalamnya.
Selain itu juga, makanan yang tidak tercerna juga akan menghasilkan gas.
"Gas dan udara itulah yang menyebabkan perut berbunyi sepanjang waktu.
Oleh itu, bunyi yang terhasil lebih perlahan berbanding ketika perut kosong kerana ketika perut kosong, tidak ada makanan di dalam perut yang dapat menyerap bunyi tersebut.
Lazimnya, bunyi perut tidak dianggap sebagai gejala masalah kesihatan yang serius.
Jadi, jika tidak ingin perut sentiasa berbunyi, maka perut haruslah diberi makan secara berkala.