Cara mudah mohon lanjutan moratorium golongan B40 akaun Maybank, hanya perlu guna smart phone

Iklan

SEPERTI apa yang diketahui umum, tempoh lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman yang diputuskan selama enam bulan sebelum ini secara menyeluruh telah berakhir September yang lalu.

Namun, Malayan Banking Berhad (Maybank), telah melanjutkan tempoh permohonan bantuan pembayaran balik untuk pinjaman atau pembiayaan sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Keputusan itu dibuat sebagai usahanya meneruskan penyediaan bantuan kewangan kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

Bagi mereka yang berminat dengan penawaran tersebut, peminjam perlu berjumpa dengan bank-bank dan mendapatkan khidmat nasihat dan juga bantuan dengan lebih jelas.

Iklan

Namun, bagi golongan B40, sebenarnya korang tidak perlu untuk pergi ke mana-mana cawangan bank sebaliknya permohonan boleh dibuat hanya menggunakan smart phone sahaja.

Caranya cukup mudah, korang hanya perlu layari laman web rasmi Maybank2u dan ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut :

Iklan

1.Layari laman utama Maybank2 di https://www.maybank2u.com.my/ dan korang tak perlu pun untuk login walaupun tiada akaun maybank2u.

2. Click pada icon Covid-19 Assistance.

3. Korang boleh baca terlebih dahulu terma dan syarat sebelum membuat permohonan.

4. Di bahagian ruangan Email us, terdapat butang pada bahagian"For eligible B40” dan korang click send email for TRA.

5. Selepas click pemohon hanya perlu mengisi bebrapa butiran peribadi seperti Nama, No kad Pengenalan, No telefon dan remark pada pakej yang ingin diambil.

Pemohon boleh pilih pakej tangguhan selama 3 bulan atau 6 bulan bayaran balik dengan potongan 50 peratus.

6.Selepas butiran lengkap diisi, langkah terakhir pemohon hanya perlu menghantar email tersebut kepada weassist@maybank.com atau hanya perlu click send.

Mudah bukan? Sinarplus juga difahamkan ketika dihubungi oleh salah seorang daripada kakitangan Maybank, untuk golongan B40 setiap permohonan akan diluluskan dengan syarat mereka membuat permohonan online yang mana ia bukan lagi secara automatik seperti sebelum ini.

Jadi, bagi golongan B40 yang mempunyai akaun di Maybank mungkin boleh memohon jika berminat.

Semoga bermanfaat!