[VIDEO] “Kampung mu tak ada” Lelaki kongsi rakaman banjir curi perhatian warganet

Iklan
[VIDEO] “Kampung mu tak ada” Lelaki kongsi rakaman banjir curi perhatian warganet

MUSIM tengkujuh ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini memberi isyarat negeri-negeri seperti di Pantai Timur perlu mengambil tindakan untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kemungkinan yang dijangka bakal berlaku adalah banjir kilat berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang kini bermula pada awal November lalu dan berlarutan hingga penghujung Mac tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, kini di beberapa daerah sudah pun dilaporkan dilanda banjir seperti apa yang telah dijangka ekoran hujan yang turun berpanjangan kebelakangan ini.

Mereka yang sedang terjejas dan berhadapan dengan banjir juga kini dilihat berkongsi foto dan juga video keadaan semasa yang sedang dialami di platform media sosial masing-masing.

Iklan

Antara video yang kini semakin tular di media sosial adalah satu posting yang dikongsikan oleh @min_ji87 di laman Twitter miliknya yang melihatkan seorang mangsa banjir merakam persekitaran rumahnya yang dinaiki air.

Menerusi video itu kelihatan dalam rumah ada air banjir yang nampaknya tidaklah begitu dalam setinggi atas paras buku lali kaki.

Iklan

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah kelihatan puluhan ekor ikan berenang-renang dalam rumah tersebut yang mudah untuk ditangkap ekoran air juga agak cetek.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan loghat percakapan yang kedengaran menerusi rakaman tersebut.

Lelaki yang merakam video tersebut juga turut mempelawa orang ramai datang ke rumahnya untuk menangkap seberapa banyak ikan yang dimahukan dengan kadar bayaran serendah RM5.

Video tersebut juga sehingga kini telah meraih lebih 375 ribu tontonan dan 10 ribu tanda suka.