Cikgu tunggu pelajar bakal SPM, tapi seorang pun tak masuk kelas online

Iklan
Cikgu tunggu pelajar bakal SPM, tapi seorang pun tak masuk kelas online

KAEDAH Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian bagi menggantikan interaksi secara berdepan di dalam bilik darjah, pastinya satu-satunya cara yang paling selamat ketika wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, terdapat pelbagai halangan khususnya kepada pelajar yang tidak mempunyai capaian internet atau hanya capaian yang lemah terutamanya mereka yang tinggal di

Iklan
Iklan

kawasan luar bandar atau daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Iklan

Seperti yang terjadi kepada seorang bapa kepada pengguna Twitter Nuha @skinleas ini.

Gadis itu berkongsi yang bapanya telah membuat kelas online namun tidak ada seorang pelajar pun yang masuk.

Iklan

Jadi untuk menghiburkan hati ayahnya, gadis itu turut serta dalam kelas online tersebut.

Baca juga [VIDEO]"Kampung mu tak ada” Lelaki kongsi rakaman banjir curi perhatian warganet

Perkongsiannya menjadi tarikan warganet dan mendapat lebih 2800 ulang kicau serta 5300 tanda suka.