Salad buahan segar enak dan berkhasiat, mudahnya!

Iklan
Salad buahan segar enak dan berkhasiat, mudahnya!

KORANG peminat buah-buahan? Jika ya, ayuh kita cuba buat resipi berkhasiat ini.

Jika sebelum ini korang menonton TV sambil makan jajan, apa kata selepas ini kita tukar kepada salad buahan.

Iklan
Iklan

Salad buah-buahan segar ini bukan sahaja enak, cara untuk membuatnya sangat mudah.

Menu ini juga sering dijadikan pilihan untuk dimakan pada waktu malam kerana ia tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan.

Iklan

Oleh itu, SinarPlus cadangkan kepada korang untuk mencuba resipi salad buah ini.

Resipi salad buah ini dapat diisi dengan pelbagai buahan yang anda suka tak kisah buah apa mengikut selera anda.

Iklan

Bahan-bahannya;

  • 1 tin nanas kiub
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • 2 biji mangga
  • 1 biji betik
  • Anggur merah dan hijau
  • 3 cawan Yogurt (sebarang perisa buah)
  • 3 cawan ice-cream vanilla
  • 3 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar mayonis buah buahan
  • Kismis (jika suka)

Cuba juga Rupanya ini rahsia buat onion ring rangup dan sedap

Cara-cara membuatnya;

1. Potong dadu semua buah yang besar.

2. Gaul rata bersama yogurt dan semua bahan lain.

Siap! Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.