Hebat! Didi & Friends versi Bahasa Indonesia cecah 1 juta langganan YouTube!

Iklan
Didi & Friends - SinarPlus

HEBAT! Bukan sahaja popular di Malaysia, siri animasi kanak-kanak, Didi & Friends juga popular di luar negara seperti di negara jiran, Indonesia khususnya.

Iklan
Iklan

Buktinya, syarikat produksi animasi tempatan, Digital Durian yang merupakan penerbit siri animasi popular itu dengan berbesar hati mengumumkan hasil usahasamanya dengan Astro, Didi & Friends versi bahasa Indonesia telah berjaya meraih 1 juta langganan di saluran rasmi YouTube mereka.

Wow! Antara satu pencapaian luar biasa dan kejayaan yang boleh dibanggakan.

Dengan lebih daripada 32 juta jam tontonan, pencapaian ini membuktikan perkembangan jenama Didi & Friends di persada antarabangsa amat menggalakkan sejak pelancarannya sekitar April 2017 lalu.

Iklan

Penerbitnya, Che Yusaidi Che Yusoff berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda, syarikat melihat terdapat peningkatan dalam langganan di saluran YouTube Didi & Friends versi Bahasa Indonesia.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, Digital Durian akan kekal komited untuk menghasilkan kandungan baharu bagi peminat-peminat Didi & Friends di seluruh dunia dengan penterjemahan ke pelbagai bahasa lain bagi kesemua platform di atas talian mahupun di kaca televisyen.

Digital Durian berhasrat untuk menjadi jenama animasi kanak-kanak Top 10 di dunia di YouTube dan akan meneruskan semangat jitunya dalam penciptaan kandungan yang terbaik bagi peminat-peminatnya di Indonesia dan di seluruh dunia.

SinarPlus juga ucapkan jutaan tahniah atas kejayaan tersebut. Syabas!

Dalam pada iti, selain daripada usaha-usaha pengedaran secara penyiaran tempatan dan di Indonesia, Didi & Friends juga boleh didapati dalam lima bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Thai, Sepanyol, Portugis dan Hindi.

Siri animasi Didi & Friends bersiaran di Astro Ceria setiap Isnin, jam 11 pagi.

Kesemua episod Didi & Friends boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.