5 permainan video yang memaparkan kesan pandemik

Iklan
SH: 5 permainan video yang memaparkan kesan pandemik

BAGI mereka yang ‘kaki’ game, pastinya biasa dengan permainan video. Namun bagi yang belum biasa, Sinar Plus kongsikan dengan anda lima permainan video di alam fantasi selepas pandemik.

Bagi mereka yang bukan ‘kaki game’, anda boleh membuat carian Google atau melihat di YouTube terhadap senarai yang Sinar Plus kongsikan bagi memahami lagi dengan lebih jelas.

Iklan
Iklan

Jom kita tengok!

1. Pandemic

Iklan

Pandemic adalah permainan video berdasarkan permainan papan. Ia adalah mengenai wabak yang telah tersebar dan pemain bersama rakan perlu bekerjasama untuk mencari vaksin.

Virus yang tersebar boleh berevolusi dan semakin kuat jika anda mengambil masa terlalu lama untuk mencegahnya.

Iklan

Permainan video ini boleh dimainkan dengan pemain lain. Kerjasama antara pemain lain sangat diperlukan ketika memainkan permainan video Pandemic ini.

2. Days Gone

Salah satu permainan video yang pada awalnya diberikan liputan hangat, Days Gone yang mula pada April 2019 diterima baik tetapi tidak dapat lari daripada menerima kritikan, kerana disifatkan tiada inovasi.

Bagaimanapun, penceritaan permainan video ini dipuji kerana memaparkan kisah hidup manusia yang terus cuba bertahan walaupun dunia di sekeliling mereka sudah musnah sehingga memerlukan permulaan baru.

3. DayZ

Salah satu permainan yang cukup popular di kalangan peminat permainan video berorientasikan keperluan untuk terus hidup, DayZ memberikan pemain ruang sebesar 225km persegi yang akan menjadi lokasi di mana pemain perlu bertahan.

Pulau itu yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Republik Chernarus kini kosong, hanya dihuni penduduk asal pulau itu yang dijangkiti serta pemain-pemain lain.

Bagi yang selamat di permainan video ini, pemain harus mencari makanan, air, senjata, dan ubat-ubatan, sambil membunuh dan menghindari.

Pemain perlu bekerjasama dengan pemain lain dalam upaya untuk bertahan daripada wabak.

4. Left 4 Dead

Left 4 Dead merupakan antara judul paling popular pada era kemuncaknya.

Kisah dalam permainan ini bermula selepas usaha kerajaan Amerika Syarikat menutup kebocoran virus yang dikenali dengan nama Green Flu. Mereka mengatakannya hanya sebagai influenza biasa tetapi menyebabkan jangkitan kepada orang ramai.

Green flu dikatakan terhasil daripada jangkitan virus yang dibentuk berasaskan kepada virus sama penyebab penyakit anjing gila.

5. The Last of Us

The Last of Us antara permainan video yang mampu mengalirkan air mata. Sukar untuk dikategorikan genre permainan video ini, ia berjaya menggabungkan karya sinematik dan permainan video dengan sangat berkesan.

Mengisahkan tentang seorang lelaki pertengahan umur yang ditugaskan untuk menghantar seorang remaja wanita ke sebuah pusat kawalan tanpa diceritakan sebabnya.

Amerika Syarikat pada ketika itu telah runtuh, disebabkan oleh pandemik wabak cordyceps yang melanda. Ia menyebabkan tamadun manusia tiada jalan lain, melainkan berusaha menyelamatkan diri.

Sepanjang perjalanan jauh mereka berdua, lelaki bernama Joel itu mula mempelajari sebab kenapa dia perlu menghantar gadis bernama Ellie itu yang akhirnya memaksa dia membuat pilihan yang sangat sukar.

Sama ada mahu menyelamatkan seluruh tamadun manusia atau kembali merasai nikmat menjadi seorang ayah.

Sesuatu yang menakutkan berkenaan virus dalam permainan video ini, adalah kerana virus ini benar-benar wujud tetapi buat masa sekarang hanya menjangkiti serangga.

FOTO: STUFF.TV, YOUTUBE, STREAM, THEPATRIOT, UNSPLASH

PENULIS: NURUL ADRIANA