CR-V baharu dengan Honda Sensing, LaneWatch lebih canggih dan selamat

Iklan
cr-v baharu

VARIAN terbaharu keluaran Honda Malaysia, Honda CR-V baharu menjadi model pertama dilengkapi dengan Honda Sensing sekali gus mencatat pencapaian tersendiri dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, model terbaharu yang dilengkapi teknologi termaju generasi seterusnya itu ditambah dengan ciri canggih Honda LaneWatch.

Iklan
Iklan

"Honda CR-V baharu ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) pertama di kilang pengeluaran Honda di Melaka dan berjaya meraih jualan melebihi 104,000 unit sejak Oktober lalu.

Iklan

"Selain penambahan ciri Honda LaneWatch, sistem pacuan empat roda yang diperkenalkan berupaya meningkatkan prestasi dan pemanduan lebih dinamik,” katanya dalam satu kenyataan.

Honda CR-V baharu ditawarkan dengan lima pilihan rona menarik dengan tiga varian iaitu Honda CR-V 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5 TC-P 4WD bermula pada harga RM157,615 hingga RM162,910 (harga tanpa insurans).

Iklan

Menariknya, kata Toichi, varian terbaharu itu lebih menawan dengan kekemasan gril hitam, lampu LED signatur Honda dan bampar hadapan dengan gaya sayap baharu 'fascia' krom manakala bahagian belakang dilengkapi ekzos berkembar serta rekaan rim aloi 18 inci dwitona.

"Selain hiasan dalaman yang menarik, pintu bonet belakang juga canggih apabila disertakan sistem automatik bebas tangan yang boleh dibuka dengan pergerakan kaki pada bawah bampar sahaja.

"Jentera itu turut dilengkapi sistem penghidup enjin kawalan jauh tanpa perlu membuka pintu, malah penyaman udara turut diaktifkan secara automatik sebelum memasuki kenderaan," katanya.