Luque, doktor peribadi Maradona disiasat atas dakwaan membunuh tanpa sengaja

Iklan
Luque, doktor peribadi Maradona disiasat atas dakwaan membunuh tanpa sengaja

BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan pemergian bintang lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona yang meninggal pada usia 60 tahun akibat sakit jantung.

Namun, memetik laporan Agensi Anadolu, doktor peribadi Diego Maradona kini sedang disiasat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja susulan kematian legenda bola sepak itu.

Iklan
Iklan

Media tempatan Argentina juga melaporkan, polis telah menyerbu rumah dan klinik Leopoldo Luque pagi semalam untuk menyiasat sama ada terdapat kecuaian dalam rawatan perubatan Maradona mahupun tidak.

Iklan

Namun, Luque menafikan melakukan sebarang kesalahan ketika merawat Diego Maradona.

Iklan

Maradona juga telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November. Luque telah membenarkannya pulang lapan hari kemudian.

Luque juga berkata beliau telah melakukan semua yang termampu untuk memulihkan Maradona.

Pegawai penyiasat juga merampas semua sejarah perubatannya dan ujian yang lakukan luke termasuk peranti elektronik, pemacu keras yang telah 20 tahun disimpan dan juga semua telefon.

Serbuan itu berlaku selepas keluarga Maradona dilaporkan memberitahu penyiasat terdapat perselisihan antara Maradona dan doktor peribadinya.

Luque pula hanya menjelaskan situasi sedemikian adalah biasa berlaku antara doktor dan pesakit.

Siasatan juga dibuat selepas anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina mempersoalkan ubat yang diberikan kepada ayah mereka.

Apa pun siasatan masih dijalankan. Biarlah pihak berkuasa dan pihak yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan mahupun sebarang hukuman.

Sumber : newsbeezer.com