Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan

Iklan
siti nurhaliza

TEKA-TEKI berkenaan kehamilan kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini terjawab apabila beliau mengumumkan berita gembira tersebut hari ini.

Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.

Iklan
Iklan

Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

"Tidak dinafikan, ramai yang sudah boleh agak tentang perkara ini (hamil), namun saya mendiamkan diri duduk di rumah berehat susulan situasi pandemik.

Iklan

"Terima kasih kepada mendoakan. Saya berdoa semoga diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan kedua ini," kata beliau yang turut ditemani suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

[caption id="attachment_28739" width="1024"] SITI NURHALIZA berharap diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan kedua.[/caption]

Iklan

Ditanya, mengenai jantina bayi pula pelantun lagu, Purnama Merindu itu menjawab dengan ringkas:"Saya tidak kisah lelaki ataupun perempuan, namun lebih seronok sekiranya diberikan rezeki sepasang," katanya seraya ketawa.

Terdahulu sebelum itu, Siti meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua dan merancang untuk melakukan proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini .

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.