Sampai hati buat OKU macam ini, pemuda berkerusi roda luah perasaan sebak

Iklan
gunting rambut percuma

MUNGKIN orang lain nampak perkhidmatan gunting rambut yang disediakan secara percuma ini memberi impak yang tidak seberapa, namun untuk mereka yang memerlukan, bantuan seumpama itu mampu memberikan kegembiraan.

Masakan tidak, walaupun hanya dapat khidmat gunting rambut secara percuma, sudah bikin hati riang dan rasa dihargai.

Iklan
Iklan

Itulah yang dialami seorang pemuda, Mohd Firdaus Ibrahim yang cukup teruja apabila masih wujud kedai gunting rambut yang menawarkan khidmat gunting rambut percuma.

Pemilik akaun Twitter @zafidos itu sebak apabila sepanjang tempoh lapan tahun berkerusi roda, belum pernah dirinya rasa bertuah untuk menikmati perkhidmatan seumpama itu yang mungkin orang lain nampak kecil.

Iklan

Antara perkongsiannya dalam akaun Twitter:

Iklan

"Sampai hati buat oku mcm ini!

Kadang-kadang sekecil-kecil usaha macam ini yang membuatkan OKU itu rasa bertuah jadi OKU.

"Effort" dan"empathy" daripada masyarakat itu boleh memberi kesan positif.”

Pemuda berusia 24 tahun itu juga senang hati berkongsi maklumat mengenai lokasi kedai gunting bermurah hati tersebut yang terletak di Meru Raya, Ipoh.

"Mungkin engkau orang (korang) bayar harga biasa tapi sokongan (support) korang itu boleh buatkan barbershop ini bertahan lama, secara tak langsung dia orang boleh terus buat kebajikan kepada orang lain,” tulisnya.

Perkongsian Mohd Firdaus itu turut menerima pelbagai reaksi pengguna Twitter yang lain apabila mereka turut berkongsikan beberapa kedai gunting yang turut menyediakan perkhidmatan sama seperti di Klang, Selangor.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan supaya orang-orang yang memudahkan dan berkongsi rezeki akan dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah.

SinarPlus juga mendoakan kepada semua insan berhati mulia yang sudi menyediakan perkhidmatan percuma buat golongan kurang upaya supaya dimurahkan rezeki dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Sesungguhnya, pada kala negara dilanda musibah wabak Covid-19, masih ada insan-insan mulia yang sudi membantu menceriakan dan menghargai golongan yang memerlukan.