AHAD lalu kita dikejutkan dengan berita kekejaman yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Nigeria yang berjaya ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga maut dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak, Kuala Lumpur.
Si pelaku dikatakan berbuat demikian adalah kerana berang cubaan untuk merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu gagal apabila dia dihalang isteri serta anak-anak yang lain.
Akibat pergelutan tersebut, anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mengetahui apa-apa akhirnya menjadi mangsa.
Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi kini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di Kuala Lumpur selepas urusan kafan selesai di Kontena Wakaf Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) isnin lalu.
Pengerusi SPJM, Muhammad Rafiuedin Zainal Rasid turut berkongsi pengalaman menguruskan jenazah kanak-kanak malang itu seperti apa yang dikongsikan di Facebook miliknya semalam.
Tambahan pula anak syurga itu telah kematian ayahnya sejak dua tahun lepas. Kini si ibu terpaksa pula menerima hakikat yang dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu.
Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.
Insya'Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.
Selayaknya penjenayah itu dihukum sebat dan gantung sampai mati atas segala perbuatan hinanya itu!
Semoga keluarga arwah Adik Muhammad Adam diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayangi dirinya.
Innalillahi wainna ilaihi roojiiuun.