KES kemalangan melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi di negara kita.
Semalam, satu lagi video tular yang menunjukkan sebuah kereta telah melanggar seorang penunggang motosikal dalam keadaaan jalan raya yang lengang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama eddo, @edrieanaarissa, menunjukkan sebuah kereta bewarna putih tiba-tiba kelihatan hilang kawalan dan merempuh motosikal tersebut yang berada di kiri jalan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya Sungai Besi, semalam.
Difahamkan, penunggang motosikal itu merupakan seorang 'rider' penghantar makanan dan dalam keadaaan tidak sedarkan diri setelah dirempuh.
Hasil pemerhatian di laman Facebook, perkara itu turut disahkan oleh ibu mangsa @Akilla Akmar melalui perkongsian pada jam 3.01 pagi tadi.
Kongsi @edrieanaarissa lagi, pemandu itu kelihatan seperti tidak bersalah.
"Yang aku paling tak boleh masuk akal, pemandu ni langgar takda rasa bersalah langsung siap panggil dua orang rakan dia untuk 'backup' dia. Rider ni dah 50-50 doakan dia guys (ketika itu).
"Sebab takut dipukul, dia panggil kawan. Kitorang tahu dia mabuk pun sebab husband pergi bau mulut dia. Kuat bau arak. Nasib ambulans and polis datang cepat," tulisnya.
Perkongsian video itu telah meraih 6900 ribu retweet sehingga kini dan 4100 likes.
Baca juga [VIDEO]”Kito anok mudo marilah tolong beli air tebu ayoh”
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet berang dan meminta agar dikenakan hukuman yang setimpal terhadap pemandu mabuk.
Sumber: Edrieanaarissa
Satu lagi kes orang mabuk langgar motor??♀️ dekat highway sungai besi. Yang aku paling tak boleh brain driver orang cina ni langgar takda rasa bersalah langsung siap panggil dua orang sarung baju untuk backup dia. rider ni dah 50-50 doakan dia guys ? pic.twitter.com/91sHn420AQ
— eddo. (@edrieanaarissa)
Al-Fatihah untuk sepupu saya iaitu mangsa di dalam video berkenaan (Baru dapat kesahihan) pic.twitter.com/2S5IWaOPMn
— Najmi Latíf (@najmiabdlatif)