Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak mampu nak bantu... – Adam Corrie

Iklan
Adam Corrie

BUKAN sahaja dalam kalangan orang biasa, tetapi semua pihak termasuk golongan artis dan selebriti juga terjejas pendapatan disebabkan pandemik Covid-19.

Pelakon dan pendakwah bebas, Adam Corrie mengakui, dia sendiri turut berjuang menambah pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga dalam tempoh sukar ini.

Iklan
Iklan

Justeru kata Adam, dia tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai yang menghubunginya untuk meminta bantuan kewangan.

"Ramai yang DM (Direct Message) dan PM (Private Message) pada saya minta untuk bantuan, terutama bantuan kewangan.

Iklan

"Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak mampu nak bantu dari segi kewangan.

"Bagaimanapun, saya cadangkan pergilah ke pusat zakat dan majlis agama seperti MAIWP untuk minta bantuan. Insya-ALLAH mereka akan bantu dan ada jalan untuk buat sesuatu,” katanya.

Iklan

Mengakui tempoh pandemik yang panjang itu banyak mempengaruhi kehidupan banyak pihak, Adam menasihati orang ramai agar sentiasa berusaha mencari jalan terbaik mengatasi masalah dihadapi, selain banyak berdoa.

"Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar. Rajinkanlah diri bangun solat malam. Mintalah dan merintihlah dengan Allah.

"Doalah sebanyak mungkin, sekiranya kita yakin dengan rezeki semuanya datang dari Allah.

"Saya faham satu dunia menghadapi krisis kewangan disebabkan pandemik ini, termasuklah saya.

"Tapi kita jangan lupa pada Allah, selalu ingat pada-NYA, bersabar dan yakinlah dengan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Adam turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan keluarga dengan mematuhi saranan serta SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Malah kata Adam, dia juga memanfaatkan sepenuhnya masa di rumah untuk bersama dengan isteri, Fazima Fuad dan anak lelakinya Adam Fateh Lee.

"Kita jaga kita. Sekiranya tidak ada apa-apa di luar, silalah duduk di rumah. Insya-ALLAH kita jaga kita dan kita jaga semua orang.

"Kita sayang keluarga dan sayang semua orang, maka Allah juga sayang kita,” katanya yang bakal tampil dengan drama berjudul Abdullah tidak lama lagi.

 

(FOTO: TM Azman)