Telefon bersifat antibakteria pertama di dunia, pilihan utama si ibu buat anak kecil

Iklan
Telefon bersifat antibakteria pertama di dunia, pilihan utama si ibu buat anak kecil

TELEFON adalah alat yang pertama dan terakhir yang kebiasaannya kita akan sentuh setiap hari. Ini juga bermakna melalui sentuhan yang kerap sepanjang hari, berkemungkinan besar organisma atau virus yang tidak dapat dilihat mampu membiak dengan mudah.

Menurut kajian profesor mikrobiologi di University of Arizona, Dr Charles Gerba, sentuhan yang berterusan juga menyebabkan telefon rata-rata membawa 10 kali lebih banyak bakteria berbanding kebanyakan tandas.

Iklan
Iklan

Tambahan pula sejak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, orang ramai kini lebih berhati-hati dan dinasihatkan untuk sentiasa mencuci tangan bagi mengurangkan menularan sekali gus mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

Oleh itu, sebuah syarikat pengeluar peranti di United Kingdom, Bullitt telah memperkenalkan telefon bimbit yang boleh dicuci dan juga bersifat antibakteria pertama kali seumpamanya di dunia.

Iklan

Peranti canggih yang telah diberi nama CAT S42 dibangunkan di bawah jenama Caterpillar juga dijual pada harga mampu milik.

CAT S45 turut dilengkapi ciri IP68 yang menjadikannya kalis debu dan air yang membolehkannya dicuci.

Iklan

Sementara itu, ia juga akan dilengkapi dengan perlindungan tambahan mulai tahun hadapan menerusi teknologi antimikrobial Biomaster yang dikatakan mampu menghentikan penyebaran kuman.

Ternyata ia direka mengikut kesesuaian keadaan semasa terutama ketika musim Covid-19 yang belum sudah.

Namun, teknologi itu bukanlah membunuh bakteria atau virus sepenuhnya, tetapi ia dapat mengurangkan jumlah bakteria pada tangan pengguna sehingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit atau sehingga 99.9 peratus untuk tempoh 24 jam.

Itu juga sudah mencukupi sebagai salah satu langkah pencegahan. Betul tak?

Gajet berharga 21,600 yen (RM740) itu disasarkan kepada ibu bapa yang sentiasa ingin memastikan telefon pintar bagi kegunaan anak mereka yang masih kecil sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas kuman.

Menarik juga ciri-ciri telefon ini dan ia juga merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan!