PENUTUPAN sekolah akibat pandemik Covid-19 yang dilanjutkan sehingga 17 Disember depan merupakan cabaran baru kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar.
Ini kerana sektor pendidikan negara telah mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak Mac lalu.
Sinarplus percaya semua guru sedang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berhadapan pelbagai rintangan.
Seperti apa yang terjadi dengan seorang guru ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah guru tersebut berada di hospital dan sedang menunggu salah seorang ahli keluarganya menerima rawatan.
Kata Rajes, guru itu sangat dedikasi kerana sanggup membuat PdP walaupun sedang berada di hospital.
Baca juga Pemuda ini buat tawaran rumahnya dijadikan tempat kenduri kahwin secara percuma
Beliau turut memuji tindakan guru tersebut dan yakin pelajar- pelajarnya sangat beruntung mendapat guru sepertinya.
Posting itu telah mendapat lebih 530 shares dan 5200 likes sehingga kini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji tindakan guru berkenaan dan mengatakan cikgu itu sagat bertanggungjawab.
Terdahulu, akibat gelombang ke tiga Covid-19 di negara kita, pada 8 November, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, mengumumkan semua sekolah seluruh negara termasuk Kolej Vokasional ditutup bermula 9 November sehingga hari akhir persekolahan, 17 Disember ini bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.