Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak boleh guna gajet, tonton televisyen - Doktor

Iklan

TAHUKAH anda , kanak-kanak yang berumur dua tahun dan ke bawah tidak boleh menggunakan gajet dan tonton televisyen?

Ia diakui melalui perkongsian seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh di platform Twitternya, @HausofHilton.

Iklan
Iklan

Tulisnya, ia boleh memberi kesan negatif pada perkembangan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan memori jangka pendek.

"Untuk setiap 30 minit penggunaan, risiko untuk masalah lambat bercakap meningkat sebanyak 49 peratus.

Iklan

Apa-apapun, jangan biar mereka menonton dalam jangka masa yang lama.

Iklan

Selain itu, , Dr Nimelesh turut berkongsi, kanak-kanak yang berumur dua hingga lima tahun pula, mereka tidak boleh menonton melebihi satu jam dan paling penting elak waktu malam.

Sebaliknya, rajinlah membaca dengan anak.

Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang mana mereka selalu dibacakan buku cerita seawal usia enam bulan dan sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.

Aktiviti membaca untuk bayi mempunyai manfaat jangka masa panjang yang dapat dilihat dalam tempoh empat tahun, iaitu sekitar tempoh apabila mereka mula bersekolah.

Anak-anak akan lebih cepat mengenal huruf, membaca dan ada yang mampu menulis seawal usia empat tahun tau!

Moga bermanfaat.