SIMPATI dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew sering muncul di media sosial berbakti menghulurkan bantuan.
Hari ini beliau sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila menghadiahkan lima buah basikal lipat bagi kegunaan rider penghantar pesanan makanan yang dilihat terpaksa menjadi runner menghantar pesangan dengan berjalan kaki.
Perkongsian itu dibuat oleh beliau sendiri di laman Facebook miliknya yang dikenali sebagai Ebit Lew beberapa minit yang lalau.
Ustaz Ebit juga turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau meyerahkan basikal tersebut dan menjelaskan mengapa dia berbuat demikian.
Menurut Ebit lagi, mereka tiada lesen dan tiada motorsikal mahupun basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar pesanan makanan kepada pelanggan hanya jalan kaki.
Walaupun terpaksa bermandi peluh hari-hari, mereka terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.
Tambah Ustaz Ebit lagi, dia menghadiahkan basikal lipat kerana senang dan mudah untuk dibawa menaiki LRT tambahan pula ia mempunyai sembilan gear, ringan dan mudah untuk dikayuh.
Diharap mereka akan lebih gigih dan rajin bekerja supaya dapat meningkatkan lagi pendapatan untuk membantu keluarga masing-masing.
Tahniah dan syabas Ustaz Ebit!