Ini sebab kenapa 'kaki' bisnes perlu tonton drama Korea, Start-Up

Iklan
Ini sebab kenapa 'kaki' bisnes perlu tonton drama Korea, Start-Up

RAMAI yang terkesan akibat Covid-19 yang masih melanda di negara kita.

Ada yang kehilangan kerja, dipotong pendapatan dan dicutikan tanpa gaji.

Iklan
Iklan

Apa kata kepada mereka yang sedang mencari kerja, ceburi diri dalam bisnes.

Iklan

Drama itu sangat bagus kerana ia memaparkan pasang surut kehidupan anak muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes.

Seperti K-drama yang lain juga, drama Start-Up turut padat dengan pelbagai elemen menarik seperti komedi, pengajaran tentang kehidupan, konflik dan cinta tiga segi antara Dal-mi, Do-san dan Han Ji-pyeong yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho.

Iklan

Sementara itu, mari kita lihat perkongsian jutawan internet yang juga seorang penulis, personaliti TV dan Radio, Irfan Khairi tentang empat kunci kejayaan yang mesti diikuti untuk pastikan perniagaan korang berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

Baca juga Promosi besar-besaran barang kemas sudah bermula. Jom tambah koleksi sekarang juga..

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!

4. Rancang dan atur perniagaan anda

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda.

Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat 'progress' perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan.

Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama.

Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit.

Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Ayuh... Sertai bidang bisnes. Semoga bermanfaat!