Kronologi kemalangan penyerang JDT, Muhammad Syafid meragut tiga nyawa

Iklan
Kronologi kemalangan penyerang JDT, Muhammad Syafid meragut tiga nyawa

ALFATIHAH... Salam takziah kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan insan tercinta dalam kemalangan pagi semalam.

Kemalangan ngeri yang meragut nyawa bayi lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, ibu mentua, Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Iklan
Iklan

Ini kronologi kejadian menurut laporan portal tempatan;

1. Dipercayai Muhammad Syafiq yang memandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25, yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Iklan

2. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata penyerang JDT yang berusia 25 tahun berkenaan dipercayai tertidur dan menyebabkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dipandunya hilang kawalan.

3. Katanya, disebabkan gagal mengawal kenderaan yang dipandu menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, sebelum terbalik dan terseret, berdasarkan kesan calar di atas jalan.

Iklan

Baca juga Akak polis buat TikTok pakai uniform, berdepan tindakan tatatertib

7. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Syafiq serta seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera, namun isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, cedera parah.

8. Menurut jurucakap itu, setiba di lokasi, didapati MPV itu dalam keadaan remuk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

12. Jenazah Zainab dan Muhammad Aisy Saqeef dikebumikan di Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang manakala jenazah pembantu rumah itu sudah dituntut Pegawai dari Konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Semoga Muhammad Syafiq tabah menghadapi ujian kehilangan anak dan ibu mentua tercinta.