Tambang murah AirAsia serendah RM12 bermula hari ini!

Iklan
Tambang murah AirAsia serendah RM12 bermula hari ini!

SEBUT sahaja AirAsia, kita pasti terbayang dengan syarikat penerbangan yang sentiasa menawarkan pakej tambang murah sejak ia mula ditubuhkan.

Maka tidak hairanlah AirAsia pernah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

Iklan
Iklan

Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang kini melanda dunia telah menyebabkan pintu sempadan negara sehingga kini masih ditutup dan pastinya menjejaskan syarikat penerbangan itu beroperasi seperti sebelumnya.

Terbaharu, sedikit berita baik untuk rakyat Malaysia yang mana AirAsia Bhd dilaporkan tetap menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini bagi penerbangan domestik.

Iklan

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Iklan

Tambang yang ditawarkan itu termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember sehingga 30 Jun 2021.

Untuk membuat tempahan caranya cukup mudah dengan hanya melayari pautan https://www.airasia.com/

Tambahan pula bagi tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan 'Tempahan Saya'.

AirAsia juga sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 itu akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Tunggu, tawaran hebat tidak terhenti di situ!

AirAsia juga dilaporkan berbesar hati akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan pelbagai tawaran menarik terhadap pelanggan termsuk e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.

Jadi, tunggu apa lagi, jom cuti-cuti!