“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang” - Hael Husaini

Iklan
“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang” - Hael Husaini

JIKA sebelum ini penyanyi dan komposer Hael Hussaini tinggal menyewa, kini Hael sudah memiliki kediaman impian apabila sudah membeli sebuah rumah tiga tingkat.

Menurut perkongsian yang dibuat, rumah yang baru dibeli itu terletak di Damansara Perdana, Selangor.

Iklan
Iklan

Namun, peminat juga tertarik kepada kapsyen yang ditulis Hael apabila dia kelihatan seperti merendah diri.

Iklan

Posting tersebut berjaya meraih hampir 100 ribu tanda suka dan ribuan komen daripada peminat yang rata-rata daripadanya mengucapkan tahniah.

Memetik laporan akhbar tempatan, kata Hael, 33, atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi, sebelum ini dia tidak memandang serius keinginan memiliki sebuah rumah untuk dijadikan aset peribadi sebaliknya lebih selesa tinggal menyewa.

Iklan

Malah, urusan pembelian rumah idamannya itu juga tidak berdepan sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Tahniah Hael!