RAMAI tidak ambil peduli Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaharu bagi sektor sukan dan rekreasi.
Perlu diingat, bagi kawasan yang diumumkan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), korang wajib mematuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19.
Menerusi perkongsian Facebook KBSMalaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin memaklumkan terdapat beberapa perubahan semasa PKPB bermula 7 Disember bagi mana-mana kawasan yang terlibat di seluruh negara kecuali negeri Sabah.
Katanya, aktiviti sukan dan rekreasi di kolam renang adalah DIBENARKAN mengikut SOP terutamanya pematuhan kepada penjarakan fizikal.
Kapasiti pengguna bagi setiap premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi 50% kapasiti penggunaan penuh.
Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti individu yang dijalankan di dalam perkumpulan kecil terhad maksima 10 orang dalam satu-satu masa.
Baca juga Ini 7 perkara penting berkaitan kriteria i-Sinar semasa
Jika sebelum ini aktiviti renang tidak dibenarkan, kini korang boleh melakukan aktiviti itu walaupun berada di kawasan PKPB!
Korang boleh layari portal www.mkn.gov.my atau www.kbs.gov.my untuk mendapatkan SOP PKPB yang terperinci dan terkini termasuklah SOP khusus bagi negeri Sabah.