Awas! Jangan tertipu tawaran pakej umrah, belum dibenarkan lagi

Iklan
1Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas Covid-19 melanda.

AWAS! Jangan mudah tertipu dengan iklan dan tawaran yang meragukan sebaiknya selidik terlebih dahulu untuk mendapat kepastian.

Kini, golongan tidak bertanggungjawab sentiasa mencuri peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain.

Iklan
Iklan

Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas Covid-19 melanda.

Memetik laporan portal media tempatan, MOTAC turut menegaskan syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah, selain menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran meragukan sehingga kerajaan membenarkan ibadat itu dilaksanakan kelak.

Iklan

Sementara itu, kerajaan melalui Kementerian Luar telah berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dalam usaha menggerakkan semula pemulihan ekonomi kedua-dua negara susulan pandemik Covid-19, termasuk kemungkinan membenarkan aktiviti umrah melibatkan rakyat Malaysia walaupun sebelum vaksin wabak itu ditemui.

Iklan

Pada 23 September lalu, Arab Saudi mengumumkan penerimaan semula jemaah umrah dunia secara berperingkat yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat selepas menggantung visa ibadah tersebut pada Februari lepas akibat pandemik Covid-19.

Apa pun yang penting selidik dahulu sebelum menempah atau membuat apa-apa bayaran dalam apa jua perkara.

Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat!