BERITA gembira buat ibu bapa yang sedang merancang membeli kelengkapan pakaian sekolah anak- anak.
Mulai sesi persekolahan tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah dibenarkan
bebas memakai kasut berwarna hitam atau putih.
Perkara tersebut telah disahkan dalam dalam satu edaran surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.
Menurutnya, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Profesional kementerian berkenaan pada 17 November lalu yang turut memutuskan pemakaian warna stoking juga mestilah mengikut warna kasut yang dipakai.
Selain itu, kementerian menetapkan pemilihan jenis kasut pula adalah diperbuat daripada kanvas
atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya serap dan
penyaluran gerak udara.
Baca juga GM Klang lancar #MarilahChallenge di TikTok, peserta bakal menang iPhone 12
Katanya, penguatkuasaan itu sekali gus membatalkan keputusan KPM sebelum ini untuk
melaksanakan pemakaian kasut hitam sepenuhnya mulai 2021.
Terdahulu, dua tahun lalu KPM mengeluarkan pekeliling berhubung pelaksanaan pemakaian kasut
dan stoking warna hitam sepenuhnya semua pelajar sekolah mulai 2021 selepas dilaksanakan
beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada tahun ini.
Ia dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Dr Maszlee Malik susulan keluhan daripada
ibu bapa mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.