Covid-19: Kesihatan mental juga penting!

Iklan

DALAM usaha kerajaan memerangi penularan pandemik Covid-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya ramai yang terkesan apabila hilang pekerjaan, tempat tinggal, mengalami tekanan hidup dan pemisahan sosial yang juga menjadi pencetus utama masalah kesihatan mental.

Namun, ia adalah masalah besar yang disedari ramai tetapi isu ini tidak dititikberatkan.

Iklan
Iklan

Lagi-lagi apabila kerajaan telah melanjutkan PKP dari dua minggu kepada empat minggu, yang akan berakhir pada 14 April.

Sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini, bilangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, perasaan bimbang dan tertekan yang meningkat tiga kali ganda daripada 10.7 peratus pada tahun 1996 kepada 29.2 peratus pada 2015.

Iklan

Setakat ini, kesan Covid-19 terhadap kesihatan mental masih belum dikaji secara sistematik tetapi dijangkakan bahawa kesan pandemik ini akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) peka dengan isu tersebut dengan menyenaraikan beberapa panduan buat orang awam iaitu:

Iklan

1. Elakkan bersendirian dan kongsi perasaan anda dengan seseorang yang dipercayai

2. Saling memberi kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli keluarga dan rakan

3. Saling berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat serta menggunakan pelbagai medium komunikasi

4. Beribadat mengikut kepercayaan masing-masing

5. Amalkan teknik relaksasi

6. Lakukan aktiviti fizikal di rumah

7. Makan secara sihat

Sehingga kini, Malaysia telah mencatatkan 3,116 kes Covid-19 dan jumlah kumulatif kes kematian adalah 50. Secara global terdapat lebih 1,020,723 kes yang disahkan di 204 negara. Jumlah yang terkorban melebihi 53,000 orang.

Sumber: BERNAMA dan Kementerian Kesihatan (KKM).

#janganputusasamalaysia