Sam Bunkface kembali bergelar suami

Iklan
Untitled design (59)

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Bunkface, Sam, memberitahu sudah bergelar suami buat kali kedua selepas menikahi wanita pilihan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Bagaimanapun lelaki berusia 33 tahun itu tidak berkongsi lanjut butiran majlis perkahwinannya dan meminta peminat serta pengikut laman Instagramnya mendoakan yang terbaik buat mereka.

Iklan
Iklan

"Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin berkongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas bersama gambar perkahwinan, kira-kira jam 8 malam, Jumaat.

[caption id="attachment_29723" width="1024"] Antara gambar yang dikongsikan Sam menerusi Instagram miliknya.[/caption]

Iklan

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom sebelum ini berkahwin dengan Aida Azira Husin pada April 2015. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan selama hampir empat tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang dilahirkan pada 11 September 2016.

Iklan