PENYAMPAI radio Hot FM, Zetty Nabila selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Ahmad Khairil Anuar yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Perak, pada Khamis.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Sepang itu menyaksikan pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Muhamad Ghazali Mohd Sali.
Iklan
Iklan
Zetty menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin, selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah keluarga.
Bagi memenuhi saranan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Lembah Klang, pasangan tersebut diraikan dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Zetty sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.
Menurut Zetty, dia dan Ahamd Khairil Anuar yang juga dikenali sebagai Beto mulai rapat setelah berkenalan di media sosial dan sebelum sepakat untuk mengikat tali bertunang pada Ogos lalu.
(FOTO: Hot FM)
Artikel Berkaitan