Patutlah banyak posting Covid-19, rupanya petugas kesihatan ini tugasnya...

Iklan
Untitled design (35)

"TERGURIS hati saya bila ada segelintir individu lempar tuduhan yang kami ni beriya-iya buat posting berkenaan Covid-19 ni kerana nak cari pengaruh, dan strategi bina followers sahaja.

Saudara-saudari, saya adalah salah seorang petugas di lapangan. Perjudikan keselamatan diri sendiri/ keluarga/ staf klinik pada masa-masa getir ini, agar tak ternafi hak masyarakat kepada akses kesihatan.

Iklan
Iklan

Tanggungjawab kami juga untuk mendidik masyarakat tentang wabak ini, dan ia sebahagian daripada langkah-langkah yang mampu untuk mengekang penularan wabak.

Untuk hentikan wabak ini, kita semua kena outsmart (jadi lebih bijak daripada) virus berkenaan. Bagaimana nak bijakkan orang ramai? Dengan bina kesedaran tentang virus dan penyakit ini.

Iklan

Jika rakyat Malaysia tahu bagaimana nak hindari diri daripada terkena jangkitan, maka kuranglah kerja petugas barisan hadapan. Lagipun tugas mendidik masyarakat ni memang skop kerja kami.

Sebelum wabak Covid-19 ni pun, kami dah buat kerja mendidik masyarakat melalui media sosial."

Iklan

- Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Petugas Kesihatan

Berikut antara luahan sayu oleh seorang petugas kesihatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya, terhadap golongan yang menyangka bukan-bukan kepada usaha petugas kesihatan yang membuat perkongsian berkaitan di media sosial.

Nah, terang bukan penerangan yang diberikan oleh Dr Kamarul Ariffin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Chaku yang mempunyai seramai 264,676 pengikut di Facebook  ini?

Kepada mereka berkenaan, sila buka mata dan pintu hati. Tugas mendidik masyarakat sebahagian tugas petugas kesihatan. Janganlah salah faham...

Diharap tiada lagi tuduhan yang tidak-tidak kepada petugas kesihatan terutama yang bertugas di barisan hadapan atau frontliners kita.

Kan patut 'kita jaga kita!'

Sumber sahih

Sejak musim Covid-19 melanda di negara kita, memang banyak perkongsian bermanfaat terutama di media sosial tentang panduan, tip dan ilmu berguna bagi mengelakkan virus jahat itu melekat pada kita.

Pihak petugas kesihatan misalnya antara golongan yang paling ramai berkongsi kaedah dan cara sepatutnya yang harus diikuti oleh orang ramai.

Semuanya bertujuan bagi memutuskan rantaian wabak virus berkenaan yang nampaknya terus menghantui rakyat di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Tanpa perkongsian terutama dengan menggunakan media sosial oleh golongan tersebut yang boleh menjadi sumber sahih untuk rujukan kita, sudah tentulah ramai yang 'terkapai-kapai' dibuatnya.

Seperti yang kita sedia maklum, pada masa ini, boleh dikatakan hampir kebanyakan orang menggunakan telefon pintar dan 'bermedia sosial'.

Kajian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social menyingkap, pengguna internet di negara ini menunjukkan jumlah mencapai lebih 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.

Sudah tentulah teknologi medium tersebut seharusnya dimanfaatkan bagi menyampaikan sebarang maklumat kerana pastinya lebih efektif.

Golongan petugas kesihatan juga tidak ketinggalan menggunapakai laman sosial bagi menyampaikan maklumat berkaitan terutama tentang Covid-19. Antaranya seperti menggunakan Facebook, Twitter dan Instagram.

Tidak faham

Malangnya ada juga yang tidak faham dengan tujuan pendekatan yang digunakan oleh petugas kesihatan ini.

Sama ada mereka buat-buat tidak faham, sengaja tidak mahu faham atau menangguk di air keruh, hanya mereka sendiri yang tahu.

Pun begitu, bagi Sinar Plus, yang baik ikutlah. Bukannya terlalu sukar.

Tambahan pula jika sesuatu perkongsian bermanfaat adalah daripada mereka yang memang di bidangnya.

Apa salahnya yang baik kita dapat ikuti? Yang penting pastikan ia daripada sumber doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah.

Tak pasti, jangan kongsi!